Isnin, 5 Julai 2010

KEM BESTARI SOLAT TAHUN 1 & 2 SIRI KEDUA



3 JULAI - Satu Kem Bestari Solat untuk tahun 1 dan 2 telah diadakan di SK Gita No. 2. Ia merupakan kem yang pertama diadakan untuk penggal yang kedua ini. Kehadiran peserta kem amatlah memberangsangkan dengan kerjasama yang telah diberikan pihak ibubapa penjaga terhadap kem ini.

"Ini merupakan Kem Bestari Solat Siri yang kedua untuk murid-murid tahun 1 dan 2. Sebelum ini ianya telah diadakan pada penggal pertama yang lalu.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada ibubapa penjaga kerana menghantar anak-anak mereka. Tidak dilupakan juga Ahli Jawatankuasa Kem Bestari Solat," kata Ustazah Siti Rokiah Penyelaras Kem Bestari Solat setelah program bersurai.

Kem Bestari Solat yang bermula seawal 8.30 pagi berakhir dalam pukul 1.00 tengahari setelah murid-murid selesai solat zohor berjemaah.

Read more...

Selasa, 11 Mei 2010

KEM BESTARI THN 5 & 6

8 MEI - Satu Kem Bestari Solat (KBS) telah diadakan di SK Gita No. 2. KBS kali ini adalah untuk murid-murid tahun 5 dan 6. Ia merupakan siri yang pertama bagi murid-murid tahun 5 dan 6 SK Gita 2. Penyelaras KBS kali ini adalah Ustaz Mohd Romizi Ismail untuk tahun 5 dan Ustaz Mohd Izzuddin Bin Ab Rahman untuk tahun 6. KBS kali ini mendapat sambutan yang begitu baik dari murid-murid tahun 5 dan 6 dengan 98% kehadiran. Kali ini murid-murid tahun 5 diberikan pendedahan tentang kedudukan imam dan makmum, manakala murid-murid tahun 6 pula diberikan pendedahan tentang pelaksanaan solat jenazah teori dan praktikal. Program yang bermula seawal 8 pagi ini bagaimanapun berakhir pada pukul 1 tengahari setelah murid-murid selesai solat zohor berjemaah.

Read more...

Rabu, 7 April 2010

JOHAN HAFAZAN MTQ ZON B

29 MAC - SK Gita 2 telah mencatatkan sejarah buat pertama kalinya setelah peserta hafazannya mendapat tempat yang pertama dalam pertandingan hafazan Al-Quran yang berlangsung di SK Gita 2 sendiri. Murid yang mendapat johan hafazan Al-Quran adalah adik Mohd Hafizhuddin Abu Zaid dari kelas Alamanda 5. Beliau akan mewakili sekolah nanti ke peringkat daerah mewakili zon B. Ucapan tahniah buat adik Mohd Hafizhuddin. Semoga berjaya di peringkat yang lebih tinggi dan seterusnya mengharumkan lagi nama SK Gita 2.

Read more...

Sabtu, 6 Mac 2010

Sambutan Maulidur Rasul Meriah

5 Mac - Satu Program Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di SK Gita 2. Program Maulidur Rasul ini merupakan program yang kedua disambut di SK Gita 2 sejak sekolah beroperasi. Program yang bermula pada pukul 10 pagi dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh adik Arisha dari tahun 6 Carnation dan kemudiannya diserikan dengan persembahan bercerita kisah Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W oleh tiga orang murid tahun 4. Pada kali ini penceramah jemputan Sambutan Maulidur Rasul SK Gita 2 ialah Encik Khairul Anuar dari YADIM. Bersama beliau kumpulan nasyid yang turut sama memeriahkan suasana Sambutan Maulidur Rasul. SK Gita 2 mengucapkan terima kasih kepada penceramah jemputan En. Khairul Anuar bersama rakan-rakan beliau dan tidak dilupakan juga buat ahli jawatankuasa kerja Sambutan Maulidur Rasul SK Gita 2 kerana telah menjayakan program ini.

Read more...

Ahad, 21 Februari 2010

Kem Bestari Solat

13 Feb - Satu Kem Bestari Solat (KBS) telah diadakan di SK Gita 2. KBS tersebut merupakan siri yang pertama diadakan pada tahun 2010. Murid-murid yang terlibat dengan KBS kali ini adalah murid-murid tahun 1 dan 2. Manakala guru-guru yang menjadi fasilitator adalah Guru Pendidikan Islam, Guru J-QAF dan Guru KAFA serta dibantu oleh 4 orang murid yang dipilih dari Skuad Al-Hawariyun iaitu adik Haslan, adik Hanis, adik Adibah dan adik Siti Khatijah. KBS yang bermula seawal 8 pagi tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibubapa. SK Gita 2 mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa yang terlibat dan fasilitator yang sanggup meluangkan masa cuti mereka bagi menjayakan KBS pada kali ini.


Read more...

Khamis, 4 Februari 2010

PERUBAHAN JADUAL KELAS TASMIK

TAHUN 1 & 2
SETIAP HARI ISNIN
12.30 - 1.00 TGH
SETIAP HARI JUMAAT
6.40 - 7.10 PAGI

TAHUN 3
SETIAP HARI SELASA
6.40 - 7.10 PAGI
&
12.30 - 1.00 TGH

* TAHUN 4
SETIAP HARI SELASA
& KHAMIS

6.40 - 7.10 PAGI


TAHUN 5 & 6
SETIAP HARI RABU
12.30 - 1.30 TGH

* PERUBAHAN TERBARU JADUAL TASMIK SK GITA NO.2

Read more...

Selasa, 2 Februari 2010

KAFA


1 Feb - Hari ini bermulalah kelas KAFA untuk tahun 2010 SK Gita No.2. Tahun ini, kelas KAFA diselaras oleh Ustaz Mohd Zamri bin Zakaria. Beliau juga merupakan ketua panitia Pendidikan Islam SK Gita No. 2 pada sebelah persekolahan pagi. Beberapa perubahan dibuat terhadap KAFA tahun ini. Antara perubahan tersebut ialah, waktu mula kelas KAFA iaitu 1.30 tengahari. Manakala waktu pulang pula dipercepatkan dari pukul 5.00 kepada pukul 4.30 petang. Malah kelas KAFA tahun ini juga dibuat 2 hari iaitu pada hari isnin dan selasa berbanding dengan tahun sebelum ini yang dibuat pada hari isnin atau hari selasa sahaja bagi setiap tahun. Faktor ini adalah disebabkan kekurangan guru yang dihantar oleh Pihak JAIS untuk menampung guru-guru di SK Gita 2.

Read more...

Selasa, 19 Januari 2010

Mesyuarat Kali Pertama Tahun 2010

Hari ini satu mesyuarat Panitia Pendidikan Islam telah diadakan. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh semua ahli Panitia manakala dari pihak pentadbiran guru besar telah diwakili oleh Cikgu Keron Mat (PKKK) dan Cikgu Hamdiah Mat (PKHEM). Pelbagai perancangan dan aktiviti telah dibincangkan didalam mesyuarat tersebut. Pada tahun ini SK Gita No.2 telah diberikan amanah yang besar dari pihak JPN Sarawak iaitu menjadi tuan rumah untuk Majlis Tadarus Al-Quran Zon B. Mesyuarat yang bermula pada pukul 1.00 tengahari berakhir pada 2.45 petang. Semoga segala perancangan yang dirancang berjalan dengan lancar.

Read more...

Sabtu, 2 Januari 2010

Taklimat J-QAF

Satu Taklimat J-QAF telah disampaikan hari ini kepada ibubapa dan penjaga tahun 1. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Ustazah Siti Rokiah dan dibantu oleh Ustaz Izzuddin. Taklimat yang ringkas dan padat itu berkisarkan pengenalan Program J-QAF dan juga peranan Ibubapa penjaga terhadap pelaksanaannya. Malah ianya juga bertujuan memberikan kesedaran kepada Ibubapa penjaga terhadap ilmu-ilmu agama dan menyelesaikan masalah yang terjadi pada tahun lalu terutamanya masalah kehadiran tasmik.

Read more...

Jumaat, 1 Januari 2010

Galeri






Read more...
Diterbitkan Oleh Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Gita No. 2