Isnin, 5 Julai 2010

KEM BESTARI SOLAT TAHUN 1 & 2 SIRI KEDUA



3 JULAI - Satu Kem Bestari Solat untuk tahun 1 dan 2 telah diadakan di SK Gita No. 2. Ia merupakan kem yang pertama diadakan untuk penggal yang kedua ini. Kehadiran peserta kem amatlah memberangsangkan dengan kerjasama yang telah diberikan pihak ibubapa penjaga terhadap kem ini.

"Ini merupakan Kem Bestari Solat Siri yang kedua untuk murid-murid tahun 1 dan 2. Sebelum ini ianya telah diadakan pada penggal pertama yang lalu.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada ibubapa penjaga kerana menghantar anak-anak mereka. Tidak dilupakan juga Ahli Jawatankuasa Kem Bestari Solat," kata Ustazah Siti Rokiah Penyelaras Kem Bestari Solat setelah program bersurai.

Kem Bestari Solat yang bermula seawal 8.30 pagi berakhir dalam pukul 1.00 tengahari setelah murid-murid selesai solat zohor berjemaah.

1 ulasan:

Panitia Pendidikan Islam 5 Julai 2010 pada 9:10 PG  

Jazakallah khairan jaza', semoga Allah membalas usaha ustaz dan ustazah dengan balasan yang baik dalam usaha membentuk generasi sembahyang. Buat ibubapa penjaga, saya doakan mudah-mudahan berkat usaha ini dapat melahirkan anak-anak yang soleh.

Catat Ulasan

Diterbitkan Oleh Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Gita No. 2