Isnin, 5 Julai 2010

KEM BESTARI SOLAT TAHUN 1 & 2 SIRI KEDUA



3 JULAI - Satu Kem Bestari Solat untuk tahun 1 dan 2 telah diadakan di SK Gita No. 2. Ia merupakan kem yang pertama diadakan untuk penggal yang kedua ini. Kehadiran peserta kem amatlah memberangsangkan dengan kerjasama yang telah diberikan pihak ibubapa penjaga terhadap kem ini.

"Ini merupakan Kem Bestari Solat Siri yang kedua untuk murid-murid tahun 1 dan 2. Sebelum ini ianya telah diadakan pada penggal pertama yang lalu.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada ibubapa penjaga kerana menghantar anak-anak mereka. Tidak dilupakan juga Ahli Jawatankuasa Kem Bestari Solat," kata Ustazah Siti Rokiah Penyelaras Kem Bestari Solat setelah program bersurai.

Kem Bestari Solat yang bermula seawal 8.30 pagi berakhir dalam pukul 1.00 tengahari setelah murid-murid selesai solat zohor berjemaah.

Read more...

Selasa, 11 Mei 2010

KEM BESTARI THN 5 & 6

8 MEI - Satu Kem Bestari Solat (KBS) telah diadakan di SK Gita No. 2. KBS kali ini adalah untuk murid-murid tahun 5 dan 6. Ia merupakan siri yang pertama bagi murid-murid tahun 5 dan 6 SK Gita 2. Penyelaras KBS kali ini adalah Ustaz Mohd Romizi Ismail untuk tahun 5 dan Ustaz Mohd Izzuddin Bin Ab Rahman untuk tahun 6. KBS kali ini mendapat sambutan yang begitu baik dari murid-murid tahun 5 dan 6 dengan 98% kehadiran. Kali ini murid-murid tahun 5 diberikan pendedahan tentang kedudukan imam dan makmum, manakala murid-murid tahun 6 pula diberikan pendedahan tentang pelaksanaan solat jenazah teori dan praktikal. Program yang bermula seawal 8 pagi ini bagaimanapun berakhir pada pukul 1 tengahari setelah murid-murid selesai solat zohor berjemaah.

Read more...

Rabu, 7 April 2010

JOHAN HAFAZAN MTQ ZON B

29 MAC - SK Gita 2 telah mencatatkan sejarah buat pertama kalinya setelah peserta hafazannya mendapat tempat yang pertama dalam pertandingan hafazan Al-Quran yang berlangsung di SK Gita 2 sendiri. Murid yang mendapat johan hafazan Al-Quran adalah adik Mohd Hafizhuddin Abu Zaid dari kelas Alamanda 5. Beliau akan mewakili sekolah nanti ke peringkat daerah mewakili zon B. Ucapan tahniah buat adik Mohd Hafizhuddin. Semoga berjaya di peringkat yang lebih tinggi dan seterusnya mengharumkan lagi nama SK Gita 2.

Read more...

Sabtu, 6 Mac 2010

Sambutan Maulidur Rasul Meriah

5 Mac - Satu Program Sambutan Maulidur Rasul telah diadakan di SK Gita 2. Program Maulidur Rasul ini merupakan program yang kedua disambut di SK Gita 2 sejak sekolah beroperasi. Program yang bermula pada pukul 10 pagi dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran oleh adik Arisha dari tahun 6 Carnation dan kemudiannya diserikan dengan persembahan bercerita kisah Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W oleh tiga orang murid tahun 4. Pada kali ini penceramah jemputan Sambutan Maulidur Rasul SK Gita 2 ialah Encik Khairul Anuar dari YADIM. Bersama beliau kumpulan nasyid yang turut sama memeriahkan suasana Sambutan Maulidur Rasul. SK Gita 2 mengucapkan terima kasih kepada penceramah jemputan En. Khairul Anuar bersama rakan-rakan beliau dan tidak dilupakan juga buat ahli jawatankuasa kerja Sambutan Maulidur Rasul SK Gita 2 kerana telah menjayakan program ini.

Read more...

Ahad, 21 Februari 2010

Kem Bestari Solat

13 Feb - Satu Kem Bestari Solat (KBS) telah diadakan di SK Gita 2. KBS tersebut merupakan siri yang pertama diadakan pada tahun 2010. Murid-murid yang terlibat dengan KBS kali ini adalah murid-murid tahun 1 dan 2. Manakala guru-guru yang menjadi fasilitator adalah Guru Pendidikan Islam, Guru J-QAF dan Guru KAFA serta dibantu oleh 4 orang murid yang dipilih dari Skuad Al-Hawariyun iaitu adik Haslan, adik Hanis, adik Adibah dan adik Siti Khatijah. KBS yang bermula seawal 8 pagi tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibubapa. SK Gita 2 mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa yang terlibat dan fasilitator yang sanggup meluangkan masa cuti mereka bagi menjayakan KBS pada kali ini.


Read more...
Diterbitkan Oleh Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Gita No. 2