Ahad, 21 Februari 2010

Kem Bestari Solat

13 Feb - Satu Kem Bestari Solat (KBS) telah diadakan di SK Gita 2. KBS tersebut merupakan siri yang pertama diadakan pada tahun 2010. Murid-murid yang terlibat dengan KBS kali ini adalah murid-murid tahun 1 dan 2. Manakala guru-guru yang menjadi fasilitator adalah Guru Pendidikan Islam, Guru J-QAF dan Guru KAFA serta dibantu oleh 4 orang murid yang dipilih dari Skuad Al-Hawariyun iaitu adik Haslan, adik Hanis, adik Adibah dan adik Siti Khatijah. KBS yang bermula seawal 8 pagi tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada ibubapa. SK Gita 2 mengucapkan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa yang terlibat dan fasilitator yang sanggup meluangkan masa cuti mereka bagi menjayakan KBS pada kali ini.


2 ulasan:

Panitia Pendidikan Islam 21 Februari 2010 pada 6:26 PG  

Jazakallahu khairan Jaza' kepada guru-guru yang terlibat dalam KBS. Mudah-mudahan anak-anak didik yang dibentuk menjadi generasi soleh dan bakal memimpin negara ke arah keredhaan Allah.

elMunQiz 21 Februari 2010 pada 6:29 PG  

Alhamdulillah, KBS kali pertama ini berjalan dengan lancar. Mudah-mudah KBS yang mendatang lebih cemerlang lagi.

Catat Ulasan

Diterbitkan Oleh Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Gita No. 2